Saturday 7 April 2018

ALAT BATU NEOLITIK


Istilah Neolitik merujuk kepada peringkat akhir Zaman Batu. Era Neolitik terkenal dengan seni bina megalitiknya, penyebaran pertanian dan penggunaan alat batu yang digilap. Terdapat beberapa jenis alat batu pada zaman Neolitik.

Antara alat batu pada zaman Neolitik ialah kapak. Kapak batu yang digilap dan dilicinkan dianggap sebagai perkembangan paling penting dalam era Neolitik. Setelah kapak itu dibentuk melalui repihan, batu lain digunakan untuk mengasah kapak tersebut sehingga licin. Penggunaan kapak memudahkan pembersihan hutan dan penyebaran pertanian. Kapak juga dapat dijadikan senjata yang berkesan, dan dianggap bahawa banyak kapak Neolitik digunakan untuk berhadapan dengan musuh berbanding pokok.

Selain itu, alat batu pada zaman Neolitik ialah beliung. Beliung merupakan alat pertukangan kayu iaitu bilah rata yang melekat kepada satu tangkai, seperti kapak atau cangkul. Beliung digunakan untuk menggali, membuang akar dan menyediakan tanah untuk penanaman.

Tukul dan pahat juga merupakan alat batu pada zaman Neolitik. Pahat dibuat dengan mengikat sekeping batu tajam ke hujung kayu yang kukuh manakala tukul dibuat dengan membulatkan batu. Tukul kebanyakan diguna bersama pahat dalam kerja kayu.

Kesimpulannya, terdapat beberapa alat batu yang dihasilkan dan digunakan pada zaman Neolitik. Hal ini telah menunjukkan perkembangan di dalam penggunaan dan pembuatan alat batu.

Monday 2 April 2018

PENTARIKHAN DALAM ARKEOLOGI


Antara persoalan utama dalam arkeologi ialah usia. Dalam hal ini, usia sesuatu bahan dapat ditentukan melalui kaedah pentarikhan dalam arkeologi. Pentarikhan dapat dibahagikan kepada dua iaitu pentarikhan mutlak dan pentarikhan relatif.