Sunday 18 February 2018

TEKNOLOGI DALAM ARKEOLOGI


Seiring dengan perkembangan teknologi dalam beberapa disiplin ilmu, bidang arkeologi turut terkena tempiasnya. Dalam hal ini, penggunaan teknologi telah memberi perubahan yang besar dalam bidang ini. Penggunaan teknologi dalam arkeologi dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pemetaan (mapping), penderiaan jarak jauh (remote sensing), tinjauan dan pengimejan (viewing & imaging) serta sains komputer (computer science).

Pada peringkat pemetaan (mapping), ahli arkeologi menggunakan kaedah Global Positioning Systems (GPS), Total Stations dan LiDAR.

Global Positioning Systems (GPS) menggunakan pengiraan trilaterasi untuk mengira koordinat kedudukan berhampiran permukaan bumi. Trilaterasi merujuk kepada prinsip trigonometri di mana sudut dalaman segitiga boleh ditentukan jika semua panjang sisi segi tiga dapat diketahui. GPS meluaskan lagi prinsip ini kepada tiga dimensi. Ahli arkeologi menggunakan kaedah ini untuk memetakan lokasi tapak dengan pantas dan tepat.

Total stations pula merupakan peranti elektronik moden yang berupaya mengukur kedudukan secara mendatar dan menegak pada masa yang sama. Peranti ini mempunyai dua bahagian iaitu sebuah mesin dipasang pada tripod statik dan 'prisma' sasaran pada bahagian logam, yang bergerak di sekitar tapak. Total stations dibangunkan dalam bidang kejuruteraan awam namun para arkeologis menyedari kelebihannya dapat dimanfaatkan dalam bidang arkeologi.

LiDAR (Light Detection and Ranging) merujuk kepada peranti yang menggunakan teknologi laser untuk memetakan kontur permukaan. LiDAR pada dasarnya melibatkan penembakan berjuta-juta pancaran laser di permukaan (contohnya, permukaan tanah atau permukaan dinding yang menegak) dan mengira berapa lama masa yang diperlukan oleh pancaran laser tersebut untuk melantun semula.

Pada peringkat penderiaan jarak jauh (remote sensing) arkeologis mengaplikasikan kaedah Magnetometry, Ground-Penetrating Radar dan Electrical Resistivity. Kaedah tersebut membolehkan arkeologis untuk melihat struktur permukaan bawah tanah tanpa penggalian.

Pada peringkat tinjauan dan pengimejan (viewing & imaging) pula, ahli arkeologi menggunakan kaedah Optical Microscopes dan Scanning Electron Microscopes. Optical microscopes digunakan untuk memeriksa "ciri-ciri makro" artifak dan bahan-bahan arkeologi yang lain manakala Scanning Electron Microscopes menggunakan pancaran elektron untuk menghasilkan objek yang lebih besar dan terperinci, berbentuk tiga dimensi bagi imej sesuatu objek.

Bagi peringkat sains komputer (computer science), arkeologis menggunakan Data Recording, Statistical Analyses, GIS dan Computer Simulation. Ahli arkeologi bergantung pada sains komputer bagi menyediakan instrumen yang diperlukan untuk menyimpan, memanipulasi, menganalisis, memaparkan dan mentafsirkan sejumlah besar data. Sebagai contoh, ahli arkeologi secara rutin menggunakan komputer untuk merekod tapak dan pemerhatian makmal dan analisis statistik untuk mengesan corak data.

Secara keseluruhannya, terdapat banyak penggunaan teknologi dalam arkeologi. Hal ini telah memberi suatu transformasi yang ketara dalam bidang ini.

RUJUKAN

Global Positioning System 

Science & Technology in Archaeology             


No comments:

Post a Comment